Program Celik IT Bersama Tadika Perpaduan Kampung Lawang

28 Mei 2015 | Aktiviti Terkini

Buat julung kalinya, PI Kampung Lawang telah bekerjasama dengan guru Tadika Perpaduan Kampung Lawang iaitu Puan Nor Azlina bt Zolkifli dan Puan Meriani bt Zakaria bagi mengadakan Program Celik IT khusus untuk kanak-kanak tadika tersebut. Program ini diadakan pada hari Rabu,27 Mei 2015 bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Lawang. Seramai 14 orang adik-adik dari Tabika Perpaduan Kampung Lawang telah menyertai program ini. Tujuan program ini adalah untuk memperkenalkan tujuan Pusat Internet 1 Malaysia kepada adik-adik Tabika Perpaduan. Selain itu,mereka juga turut diperkenalkan dengan bahagian-bahagian asas pada komputer dan juga diberi taklimat tentang cara menggunakan kemudahan ICT ini dengan selamat dan bijak. Disamping itu, pihak PI juga dapat memberi pendedahan tentang kemudahan dan perkhidmatan yang ada di PI. Butir-butir berkaitan aktiviti yang dilakukan sepanjang program ini adalah; pada permulaannya peserta diberikan taklimat tentang tujuan utama penubuhan Pusat Internet 1 Malaysia ini. Setelah itu, staf PI memberikan penerangan mengenai bahagian-bahgian pada komputer dan cara menggunakan kemudahan yang disediakan dengan selamat dan bijak. Untuk lebih menarik minat dan pemahaman adik-adik ini, staf PI meminta kesemua adik-adik membuka perisian Paint yang terdapat di dalam computer dan mengajar mereka cara melukis. Setelah siap mereka diajar cara untuk menyimpan (save) dokumen.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas